CERITA BAYA

Kenali Baya sebagai Norbaya.

Baya merupakan seorang penulis bebas, yang mana Baya cuba berkongsi bersama anda seni-seni kreatif melalui penulisan.

Karya-karya Baya seperti novel dan cerpen masih tersimpan kemas dalam laptop Baya. Baya harap dapat berkongsi dengan anda sedikit demi sedikit.

Baya seorang yang tidak cantik dan gemuk. Malah berat terkini Baya adalah 80 kg beserta ketinggian 155cm. Haaaa...BMI Baya mestilah obes. Namun Baya sedang giat menurunkan berat badan atas nasihat doktor. Harap-harap Baya berjayalah mencapai berat badan ideal.

Baya seorang yang sangat kuat minum air masak. Malah kemana sahaja Baya pergi Baya pasti akan bawa air masak. Kalau tidak Baya terlalu haus dan akan menyebabkan Baya stress.


Haaa...inilah bekas air yang selalu Baya bawa ke hulu ke hilir. Sekali muatan 2000 ml. Selalunya Baya akan minum 2 kali bekas ni iaitu 4000ml sehari. Tapi tak kurus-kurus pun. Hmm..

Baya sukakan kanak-kanak kerana mereka terlalu suci sehingga menenangkan hati Baya. Sebab itulah profil Baya gambar Baby.



Selain itu, Baya juga sangat obses terhadap kasut yang berwarna kuning. Kalau ternampak sahaja kasut yang berwarna kuning, pasti Baya akan beli biarpun harga mahal beratus ringgit ataupun semurah sepuluh ringgit.

Daaa...haa, ini salah satu kasut kaler kuning koleksi Baya.

Baya sukakan wangian. Tapi wangian yang Baya pakai tak lah mahal pun. Baya cuma pakai haruman Woman Of Earth keluaran Avon. Harga dia RM49 sahaja. Baya pakai dari Baya belajar lagi dan Baya sangat selesa dengan haruman dia. Baya jenis yang selesa dengan sesuatu tu, Baya akan kekal dengan yang itu sahaja,biarpun pelbagai kata-kata tidak enak didengar.

 
 Ok, itu sahaja cerita Baya. Sekian dari Baya.










No comments:

Post a Comment