Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Monday, 2 July 2018

HADIRNYA DIA

HADIRNYA DIA
By : Norbaya


Wajahnya yang polos ku pandang sayu,
Mulus dan telus raut wajah itu,
Sedang lena dibuai angin bayu,
Nampak tenang namun sarat haru biru,

DIA yang mentakdirkan cerita kita,
Pertemuan yang tidak diduga,
Memekar sebuah cinta dan cerita,
Sehingga akhirnya kita bersama di alam nyata,

Kau lebih banyak berdiam diri,
Kala aku membebel sesuka hati,
Kau lebih senang mengalah diri,
Lebih baik dari mengikut kata hati,

Kau masih mampu tersenyum biarpun tawar,
Ketika aku mengkritik kasar,
Tentang dirimu dan keluargamu dengan hingar,
Namun jiwamu masih kuat bersabar,

Terima kasih Tuhan atas hadirnya dia,
Yang banyak menunjukku apa dia,
Yang dikatakan cinta dan airmata,
Kerana yang ikhlas sahaja akan setia.

Saturday, 28 December 2013

DIA SENGAJA

DIA SENGAJA
BY : NORBAYA

Dia sengaja berlagak tenang,
Hamburan si gadis yang sangat lantang,
Menyalahkan dirinya bukan kepalang,
Namun dia harus berdiri  matang.

Dia sengaja melukakan si gadis,
Kerana dia tidak mahu dipandang sinis,
Si gadis terlalu hebat dan manis,
Sedangkan dia  kolot dan hamis.

Dia sengaja tidak mengaku,
Apa yang dihatinya terbuku,
Niatnya cuma satu,
Mahu setanding si gadis yang satu,

Dia sengaja mewujudkan rasa benci,
Supaya si gadis tidak menaruh harapan yang tinggi,
Sedangkan dia sedang berusaha mencari,
Sedikit ruang untuk memiliki.

Ya, dia sengaja,
Dia tahu gadis itu sedang terluka,
Dia juga tahu gadis itu sedang kecewa.

Namun ketahuilah sayang,
Dia sedang berusaha terbang,
Mencari satu ruang,
Agar mampu dia memberikan kasih sayang.

Kasih sayang yang terpaling layak,
Buat si gadis yang telah berkorban banyak,
Kerana cintanya tidak pernah luak,
Malah sentiasa membuak.







TIPU

TIPU
BY : ANONYMOUS


Wednesday, 30 October 2013

Tuesday, 29 October 2013

PUISI : RUANG YANG SEPI TANPA KAU MENEMANI

PUISI : RUANG YANG SEPI TANPA KAU MENEMANI
BY : NORBAYA


Dia mempunyai ramai kenalan,
Usai memulakan buku baru,
Meninggalkan kekesalan,
Setelah gagal mencari jiwa nan satu.

Mereka semua jelita,
Mereka semua menawan,
Namun masih gagal mencipta,
Satu ruang dihatinya yang rawan.

Sunyi sejak akhir-akhir ini,
Setelah dulu dia merasa penat,
Dengan amarah dan emosi,
Si gadis yang tidak tahu erti hormat.

Kemana si gadis pergi,
Langsung hilang dari akaun sosial,
Tiada lagi yang memarahi,
Tidak lagi namanya dipanggil.

Dia masih rindu gadis itu,
Biarpun egonya menyatakan tidak,
Dia rindu kenangan dulu,
Sikap tidak matang dan budak-budak.

Kuatkah jodohnya dengan gadis itu,
Ataukah jodohnya dengan gadis-gadis jelita,
Yang setiap hari berbicara sesuatu,
Tentang minat yang dikongsi serata

Tiada lagi orang ambil berat,
Orang yang teringatkan dia,
Kerana orang itu sudah penat,
Setelah berusaha tetapi nyata sia.

Tetapi dia tidak tahu,
Biarpun gadis itu sudah hilang,
Namun gadis itu masih disitu,
Setia menunggu dia yang masih bujang.


HARAP-HARAP OK

HARAP-HARAP OK
BY : FAZLEENA HISHAMUDDIN