Saturday 28 December 2013

DIA SENGAJA

DIA SENGAJA
BY : NORBAYA

Dia sengaja berlagak tenang,
Hamburan si gadis yang sangat lantang,
Menyalahkan dirinya bukan kepalang,
Namun dia harus berdiri  matang.

Dia sengaja melukakan si gadis,
Kerana dia tidak mahu dipandang sinis,
Si gadis terlalu hebat dan manis,
Sedangkan dia  kolot dan hamis.

Dia sengaja tidak mengaku,
Apa yang dihatinya terbuku,
Niatnya cuma satu,
Mahu setanding si gadis yang satu,

Dia sengaja mewujudkan rasa benci,
Supaya si gadis tidak menaruh harapan yang tinggi,
Sedangkan dia sedang berusaha mencari,
Sedikit ruang untuk memiliki.

Ya, dia sengaja,
Dia tahu gadis itu sedang terluka,
Dia juga tahu gadis itu sedang kecewa.

Namun ketahuilah sayang,
Dia sedang berusaha terbang,
Mencari satu ruang,
Agar mampu dia memberikan kasih sayang.

Kasih sayang yang terpaling layak,
Buat si gadis yang telah berkorban banyak,
Kerana cintanya tidak pernah luak,
Malah sentiasa membuak.







No comments:

Post a Comment