Tuesday 29 October 2013

PUISI : RUANG YANG SEPI TANPA KAU MENEMANI

PUISI : RUANG YANG SEPI TANPA KAU MENEMANI
BY : NORBAYA


Dia mempunyai ramai kenalan,
Usai memulakan buku baru,
Meninggalkan kekesalan,
Setelah gagal mencari jiwa nan satu.

Mereka semua jelita,
Mereka semua menawan,
Namun masih gagal mencipta,
Satu ruang dihatinya yang rawan.

Sunyi sejak akhir-akhir ini,
Setelah dulu dia merasa penat,
Dengan amarah dan emosi,
Si gadis yang tidak tahu erti hormat.

Kemana si gadis pergi,
Langsung hilang dari akaun sosial,
Tiada lagi yang memarahi,
Tidak lagi namanya dipanggil.

Dia masih rindu gadis itu,
Biarpun egonya menyatakan tidak,
Dia rindu kenangan dulu,
Sikap tidak matang dan budak-budak.

Kuatkah jodohnya dengan gadis itu,
Ataukah jodohnya dengan gadis-gadis jelita,
Yang setiap hari berbicara sesuatu,
Tentang minat yang dikongsi serata

Tiada lagi orang ambil berat,
Orang yang teringatkan dia,
Kerana orang itu sudah penat,
Setelah berusaha tetapi nyata sia.

Tetapi dia tidak tahu,
Biarpun gadis itu sudah hilang,
Namun gadis itu masih disitu,
Setia menunggu dia yang masih bujang.


No comments:

Post a Comment