Tuesday 29 October 2013

ISTERI KEDUA

Sumber : http://beautifulnara.com/14-gambarmajlis-resepsi-ashraf-muslim-dan-wan-sakinah-dari-eddie-photovideo/




Melihat gambar ini, pasti ramai mereka diluar sana memaki hamun wanita bernama Wan Sakinah ini. Agak malang bagi wanita ini kerana dia memilih seorang yang terkenal sebagai suami. Jika suaminya bukan public figure pasti tak riuh rendah entry Abang Nara ni kan.

Itu adalah cabaran bagi wanita yang bergelar isteri kedua. Secara stereotaipnya, wanita yang bergelar isteri kedua ini akan digelar sebagai "perampas".

Namun kebanyakan daripada kita gemar menjadi "Separa Tuhan", menjatuhkan hukum sesuka hati kepada makhluk Tuhan sedangkan jodoh itu sudah tertulis di Loh Mahfuz.

Dari segi emosi, tindakan Ashraf dan Sakinah ini dilihat salah. Mana mungkin kita akan mempunyai rasa yang sama pada dua benda hidup yang berbeza. Sudah pasti kasih sayang Ashraf akan terlebih pada salah seorang daripada mereka, sama ada Dayana ataupun Sakinah. Namun,rata-rata melihat kasih sayang itu akan terlebih kepada Sakinah,kerana jika benar Ashraf sayangkan Dayana,dia tidak mungkin akan berkahwin lain.

Dari segi rasional, tindakan Ashraf dan Sakinah ini tidak salah. Cuma cara mereka tidak kena. Ashraf sepatutnya menunggu keputusan mahkamah yang membenarkannya untuk berpoligami, mendapat persetujuan Dayana dan majlis akad nikah dijalankan di tempat Sakinah bermastautin. Namun, Ashraf memilih untuk membelakangi semua perkara itu asalkan hajatnya untuk berkahwin dengan Sakinah tercapai.

Berdasarkan entry Abang Nara itu, ramai yang meluahkan rasa kasihan pada Dayana. Tetapi tahukah anda bahawa Dayana bukan selemah anda? Baya begitu kagum dengan wanita bernama Dayana itu. Bukan senang untuk berkongsi kasih pada usia perkahwinan yang baru mencecah 2 tahun. Kata orang, tempoh ini masih tempoh honeymoon. Pastinya perasaan terluka itu tidak akan mampu di ubati sekalipun Ashraf menyatakan rasa cinta sejuta kali pun. 

Namun, Dayana kelihatan tenang menghadapi perkara ini,seolah-olah redha dengan takdir yang sudah tertulis. Tahniah kepada Dayana. Semoga semangat serta kesabarannya dibalas dengan buah-buah keredhaan.

Berbalik kepada Sakinah pula, wanita ini seolah-olah sengaja menulikan telinga mendengar cakap-cakap orang serta segala cemuhan yang dilemparkan kepadanya. Pujian juga harus diberikan kepada Sakinah. Mana ada wanita yang mampu hidup dalam kebencian masyarakat. Tetapi Sakinah tegar melalui kehidupan itu, kerana mungkin baginya kesetian dan ketaatan kepada suami itu adalah perkara utama.

Bagaimana pula dengan Ashraf? Sebagai lelaki Ashraf punya hak menikahi 4 wanita. Namun sedarkah Ashraf tindakannya itu telah memporak perandakan keadaan. Berapa banyak hati yang telah dia lukakan? Berapa banyak hubungan yang telah dia putuskan? Berapa banyak tanggungjawab yang perlu dia pikul? Dan berapa banyak dosa-dosa isteri yang perlu dia tanggung?

Sejujurnya, Ashraf adalah seorang lelaki yang berani. Pada usia awal 30-an Ashraf sudah berani memikul amanah ini. Maka pujian juga harus diberikan kepada lelaki ini. 

Apa-apapun yang berlaku, perkara sudah berlaku. Sebagai manusia kita tidak punya hak menghukum sesiapa. Setiap orang punya tanggungjawab masing-masing. Pada saat kita menyibuk akan hal orang lain, sudah kah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada Dia yang berkuasa?

Semoga kita sama-sama menginsafi.



NORBAYA

No comments:

Post a Comment