Tuesday 29 October 2013

SYOK SENDIRI

sumber : http://beautifulnara.com/anzalna-nasir-dedah-bukti-kakak-tidak-syok-sendiri/

Syok sendiri!
Mungkin perkataan ini begitu sinis bagi sesetengah orang.
Namun dalam realiti kehidupan,syok sendiri ini seringkali berlaku.
Lihat sahaja dilaman-laman sosial. Akaun peribadi seperti Facebook, Instagram dan seangkatan dengannya begitu meriah dengan gambar-gambar syok sendiri ini kan.

Tidak mengapalah, itu mungkin sejenis terapi bagi sesetengah orang untuk menenangkan fikiran ataupun berkongsi rasa.

Namun Syok Sendiri yang ingin Baya tampilkan disini adalah tentang perasaan seorang wanita.
Baya ada terbaca satu entry di Beautifulnara bertajuk "KAKAK SAYA TIDAK SYOK SENDIRI"http://beautifulnara.com/kakak-saya-tak-syok-sendiri-anzalna-nasir/

Bila baca entry ni,terasa kasihan pula pada Diana Nasir. Bukan salah dia berperasaan begitu. Biasalah wanita apabila dilayan dengan baik,dengan kata-kata yang manis,pastinya kita menganggap itu adalah harapan daripada si jejaka, Biarpun si jejaka tidak memberi harapan secara verbal,namun cara layanan dan keprihatinan mereka menyebabkan kita rasa begitu kan.

Tanpa kita sedar sebenarnya si jejaka mempunyai banyak step ataupun langkah-langkah yang perlu mereka ambil dalam mencari pasangan hidup. Berbeza dengan wanita, lelaki lebih banyak menilai. Bermula daripada fizikal sehinggalah kepada keperibadian seseorang wanita itu. Wanita pula lebih terburu-buru dalam memilih pasangan. Asalkan layanan yang diberi adalah baik, soal rupa,pangkat dan harta bukanlah lagi menjadi keutamaan buat wanita.
Maafkan Baya kalau kenyataan Baya ini tidak benar ya.

Sebab itulah wanita lebih mudah jatuh cinta berbanding lelaki. Dalam kes Diana Nasir ini, mungkin ada sesetengah perkara yang tidak menepati kriteria yang diperlukan Shah Iskandar dalam memilih pasangan. Namun bagi Baya tempoh empat bulan perkenalan itu bukanlah satu tempoh yang cukup matang untuk Shah Iskandar menilai baik-buruk Diana Nasir.

Tempoh enam bulan pertama adalah tempoh mengenal satu sisi sahaja. Sama ada sisi baik atau sisi buruk. Kita tidak akan mampu mengenal kedua-dua sisi pasangan dalam tempoh enam bulan pertama kerana sebagai manusia biasa pastinya kita akan menyorokkan kelemahan atau kelebihan kita.

Jadi apa yang boleh Baya simpulkan, lelaki mempunyai kriteria-kriteria yang telah mereka tetapkan dalam mencari pasangan. Jika kita tidak menepati kriteria ini, pastinya mereka akan mengundur diri. Jadinya wanita perlu lebih mengenali mereka melalui minat yang mereka kongsikan bersama kita, bahasa-bahasa kiasan yang mereka bualkan, tahu membezakan antara hobi mereka dan cita-cita mereka serta menghormati mereka.

Ini cuma pendapat Baya sahaja. Jika minat kita atau hobi kita tidak sama seperti mereka, jangan terus-terusan membangkang. Sekali-sekala perlu juga tunjukkan minat ataupun menyokong mereka dibelakang tabir sahaja bukan secara langsung. Hal ini supaya mereka tahu, bahawa kita tetap menyokong mereka walaupun berbeza minat.

Namun satu perkara yang perlu wanita tahu, cita-cita seseorang lelaki sangat perlu kita sokong. Biarpun cita-cita mereka tidak sama seperti kita, kita perlu menyokong 100 % dan terlibat secara langsung kerana di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti akan ada wanita sebagai tulang belakangnya.

Rasanya setakat itu sahaja tulisan Baya. Tulisan ini sekadar pandangan Baya dalam menjaga hubungan bersama pasangan. Sebenarnya, walaupun lelaki mengatakan "kita  sekadar kawan" , tetapi hakikat sebenar, mereka sebenarnya telah berusaha untuk mendekati kita dan percayalah di sudut hati kecil mereka pasti ada satu niat untuk menjadikan kita pasangan hidup. Namun disebabkan sesetengah kriteria kita tidak menepati selera mereka, lalu mereka menukar plan sekadar kawan.

Tiada istilah "Syok Sendiri" sebenarnya. Cuma kelalaian sebelah pihak telah menukar rasa dalam perhubungan sehingga hubungan yang terbina berakhir begitu sahaja.


NORBAYA


No comments:

Post a Comment